
Pernah tak kita berfikir ...
BAGAIMANA PENGAKHIRAN HIDUP KITA?
"Bagaimana cara hidup kita menentukan cara mati kita..."
Tiada siapa yang meminta pengakhiran hidup yang sia-sia, begitulah bonda-bonda yang menghuni Darul Insyirah.
Di sini mereka dapat belajar agama,
Di sini mereka jumpa suasana solehah,
Di sini mereka temui suasana keimanan,
Di sini mereka temui teman dari kesunyian,
Walaupun kudrat makin lemah, namun semangat makin gagah menuntut ilmu. Kerana satu sahaja yang mereka mahukan iaitu pengakhiran yang baik. Sedih kalau dah hujung usia mereka jadi murtad dek kerana tinggal di pusat jagaan warga emas bukan seakidah, diajar sesuatu yang bukan dari pegangan agama kita.
Sebak dan terharu lihat bonda-bonda kami disini masih kuat dan sanggup lagi mencari ilmu agama buat bekalan akhirat. Antaranya pengajian Al-Quran dan hadis, mereka bersungguh belajar walaupun sudah meningkat usia. Usia bukan alasan mereka untuk meningkatkan menambah ilmu agama.
Kami di sini menyediakan modul, tempat dan bantuan kepada bonda-bonda kami untuk belajar. Namun begitu kami mempunyai beberapa kekangan terutamanya adalah dari segi kewangan, kerana kos penyelenggaraan semakin meningkat. Kami menyeru untuk sesiapa yang sudi membantu kami,
Dana diperlukan setiap bulan bagi membantu pengajian pendidikan warga emas Darul Insyirah




Insya Allah sedikit sumbangan anda dapat meringankan kami di sini untuk terus memberikan pendidikan terbaik buat wargaemas kami
Alamat rumah Warga Emas Darul Insyirah
No 72 Jalan Melati, Bangi Golf Resort
Bangi, 43650 Selangor
Bagi yang ingin menyumbang:
562834631731 (Maybank)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH
Maklumat lanjut hubungi :
0173212457 (Saflie)